- (“Kempen”) ZENSO [Lose 2 Win] merupakan cabaran pengurusan berat
badan peribadi 30-hari yang dianjurkan oleh Wellous Sdn Bhd. Kempen ini
akan berlangsung dari 21hb September 2022 hingga 30hb November 2022, ia terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia serta penduduk tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Kempen ini HANYA terbuka kepada pengguna pakej ZENSO Advance.
- Pengguna yang ingin menyertai Kempen ini perlu mendaftar di bahagian halaman “Peraduan” di zensodiet.com.
- Pendaftaran untuk Kempen bermula pada 21hb September 2022 dan berakhir pada 1hb November 2022. Untuk pengguna yang telah mendaftar, anda PERLU mula mengambil ZENSO Advance selewat-lewatnya pada 1hb November 2022.
- Peserta PERLU menghantar butiran di bawah ke halaman Peraduan di zensodiet.com.
Selewat-lewatnya pada 1hb November 2022:
-
Berat badan dan peratus lemak badan pada hari pertama pengambilan
(tangkap layar “halaman utama” dan “sejarah” di aplikasi ZENSO).
- Imej penuh diri diambil dari hadapan dan sisi (kiri & kanan) pada hari pertama pengambilan.
-
Rakam video anda sedang menimbang diri (hari pertama) menggunakan
Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO, pastikan angka timbangan
kelihatan.
Selewat-lewatnya 4hb Disember 2022:
- Berat
badan dan peratus lemak badan pada hari ke-7, ke-14, ke-21 dan ke-30
pengambilan (tangkap layar “halaman utama” dan “sejarah”di aplikasi
ZENSO).
- Imej penuh diri diambil dari hadapan dan sisi (kiri & kanan) pada hari terakhir pengambilan (hari ke-30).
-
Rakam video anda sedang menimbang diri pada hari ke-7, ke-14, ke-21 dan
ke-30 menggunakan Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO,
pastikan angka timbangan kelihatan.
Penghantaran lewat atau maklumat yang tidak lengkap akan dibatalkan dari Kempen. - Peserta PERLU mendaftar akaun mereka di aplikasi ZENSO dan zensodiet.com menggunakan alamat emel yang SAMA.
- Peserta PERLU
memastikan keputusan berat badan dan peratus lemak badan yang diukur
melalui Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO, telah direkodkan
di aplikasi ZENSO.
- Peserta Kempen PERLU mematuhi cara
pengambilan yang betul dan melengkapkan cabaran 30-hari. Wakil jualan
Wellous® yang sah akan melakukan susulan terhadap kemajuan peserta dari
masa ke semasa.
- Peserta dilarang sama sekali dari mengambil
produk pengurusan berat badan yang lain semasa tempoh cabaran.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta didapati melanggar syarat
diberikan.
- Peserta PERLU turun sekurang-kurangnya 5kg berat badan dan sekurang-kurangnya 2% lemak badan untuk melayakkan diri memenangi hadiah.
- Wellous®
berhak untuk mengumpulkan dan menggunakan keputusan penurunan berat
badan dan imej (sebelum dan selepas) yang dihantar oleh peserta untuk
tujuan pemasaran.
- Wellous® berhak untuk meminda atau menukar Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
- Keputusan Wellous® ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Kempen adalah terikat dan muktamad.