Cabaran Penurunan Berat Badan ZENSO <Lose 2 Win>!


Jom singkirkan lemak berlebihan untuk menangi Cabaran Penurunan Berat Badan! Sertai cabaran penurunan berat badan ZENSO <Lose 2 Win> sekarang untuk memenangi HADIAH LUMAYAN! Mudah sahaja, anda hanya perlu menurunkan berat badan* anda sepanjang pengambilan ZENSO! Sertai cabaran ini sekarang, turunkan berat badan dan tingkatkan keyakinan diri bersama ZENSO!
*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Tempoh Peraduan

21 September 2022 – 30 November 2022
Contest Banner

Cara Penyertaan

Step 1
Beli sekurang-kurangnya SATU set pakej ZENSO Advance dari mana-mana wakil jualan Wellous® yang sah sepanjang tempoh kempen (dari 21hb September 2022 hingga 30hb November 2022).
Step 2
Daftar akaun peribadi di zensodiet.com selepas membeli pakej ZENSO Advance.
Step 3
Untuk sertai, layari halaman kempen <Lose 2 Win> di zensodiet.com, isi maklumat peribadi anda dan hantarkan maklumat lengkap sebelum 1hb November.
Step 4
Anda boleh mula mengambil pakej 30-hari ZENSO Advance selepas anda selesai mendaftar (*peserta PERLU mula mengambil ZENSO Advance selewatnya pada 1hb November 2022).
Step 5
Muat turun aplikasi ZENSO, sambungkan aplikasi dengan Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO melalui Bluetooth (*sila pastikan penimbang pintar anda berjaya disambungkan dengan aplikasi ZENSO setiap kali sebelum penggunaan agar keputusan timbangan direkodkan ke dalam aplikasi).
Step 6
Peserta perlu menggunakan Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO untuk merekodkan keputusan timbangan pada hari PERTAMA pengambilan pakej ZENSO Advance.
Step 7
Peserta PERLU memuat naik tangkap layar (screenshot) keputusan timbangan pada hari PERTAMA, ke-7, ke-14, ke-21 & ke-30 pengambilan pakej ZENSO Advance (“halaman utama” dan “sejarah” di aplikasi ZENSO anda), imej penuh diri yang diambil dari hadapan dan sisi (kiri & kanan) (*anda disarankan untuk memakai baju PUTIH ketat dan seluar ketat) dan video anda menimbang diri menggunakan Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO (pastikan angka timbangan kelihatan) pada halaman kempen <Lose 2 Win> di zensodiet.com.
Step 8
Selepas menyelesaikan pakej 30-hari ZENSO Advance, peserta perlu menggunakan Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO sekali lagi dan pastikan keputusan timbangan telah direkodkan di aplikasi ZENSO (peserta PERLU melengkapkan cabaran 30-hari selewat-lewatnya pada 30hb November 2022).
Step 9
Sila pastikan semua keputusan timbangan telah dihantar mengikut tarikh yang tepat untuk melengkapkan penyerahan dan sila maklumkan kepada wakil jualan Wellous® yang sah anda iaitu orang yang sama anda lakukan pembelian pakej ZENSO Advance untuk membuat susulan status penyerahan anda.
Step 10
Peserta yang sudah selesai dan layak untuk cabaran ZENSO <Lose 2 Win> akan dihubungi atau menerima e-mel pengesahan daripada pihak Wellous® dalam masa 5 hari bekerja selepas penghantaran keputusan.

Terma dan Syarat:

  1. (“Kempen”) ZENSO [Lose 2 Win] merupakan cabaran pengurusan berat badan peribadi 30-hari yang dianjurkan oleh Wellous Sdn Bhd. Kempen ini akan berlangsung dari 21hb September 2022 hingga 30hb November 2022, ia terbuka kepada SEMUA rakyat Malaysia serta penduduk tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Kempen ini HANYA terbuka kepada pengguna pakej ZENSO Advance.
  3. Pengguna yang ingin menyertai Kempen ini perlu mendaftar di bahagian halaman “Peraduan” di zensodiet.com.
  4. Pendaftaran untuk Kempen bermula pada 21hb September 2022 dan berakhir pada 1hb November 2022. Untuk pengguna yang telah mendaftar, anda PERLU mula mengambil ZENSO Advance selewat-lewatnya pada 1hb November 2022.
  5. Peserta PERLU menghantar butiran di bawah ke halaman Peraduan di zensodiet.com.
    Selewat-lewatnya pada 1hb November 2022:
    - Berat badan dan peratus lemak badan pada hari pertama pengambilan (tangkap layar “halaman utama” dan “sejarah” di aplikasi ZENSO).
    - Imej penuh diri diambil dari hadapan dan sisi (kiri & kanan) pada hari pertama pengambilan.
    - Rakam video anda sedang menimbang diri (hari pertama) menggunakan Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO, pastikan angka timbangan kelihatan.
    Selewat-lewatnya 4hb Disember 2022:
    - Berat badan dan peratus lemak badan pada hari ke-7, ke-14, ke-21 dan ke-30 pengambilan (tangkap layar “halaman utama” dan “sejarah”di aplikasi ZENSO).
    - Imej penuh diri diambil dari hadapan dan sisi (kiri & kanan) pada hari terakhir pengambilan (hari ke-30).
    - Rakam video anda sedang menimbang diri pada hari ke-7, ke-14, ke-21 dan ke-30 menggunakan Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO, pastikan angka timbangan kelihatan.
    Penghantaran lewat atau maklumat yang tidak lengkap akan dibatalkan dari Kempen.
  6. Peserta PERLU mendaftar akaun mereka di aplikasi ZENSO dan zensodiet.com menggunakan alamat emel yang SAMA.
  7. Peserta PERLU memastikan keputusan berat badan dan peratus lemak badan yang diukur melalui Penimbang Pintar Komposisi Tubuh Badan ZENSO, telah direkodkan di aplikasi ZENSO.
  8. Peserta Kempen PERLU mematuhi cara pengambilan yang betul dan melengkapkan cabaran 30-hari. Wakil jualan Wellous® yang sah akan melakukan susulan terhadap kemajuan peserta dari masa ke semasa.
  9. Peserta dilarang sama sekali dari mengambil produk pengurusan berat badan yang lain semasa tempoh cabaran. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta didapati melanggar syarat diberikan.
  10. Peserta PERLU turun sekurang-kurangnya 5kg berat badan dan sekurang-kurangnya 2% lemak badan untuk melayakkan diri memenangi hadiah.
  11. Wellous® berhak untuk mengumpulkan dan menggunakan keputusan penurunan berat badan dan imej (sebelum dan selepas) yang dihantar oleh peserta untuk tujuan pemasaran.
  12. Wellous® berhak untuk meminda atau menukar Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
  13. Keputusan Wellous® ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Kempen adalah terikat dan muktamad.


Sila Aktifkan Akaun Anda

Beli sekurang-kurangnya 1 set pakej ZENSO Advance bagi pengaktifan akaun. Sekiranya pembelian telah dilakukan, sila hubungi wakil jualan Wellous® yang sah anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau hantarkan pertanyaan kepada [email protected]